Monday, 23 July 2012

Jika Mereka Memilih..

Aku sayang kamu dengan caraku tersendiri. Jika mereka memilih untuk kerap bertemu, aku memilih untuk tidak bertemu. Jika mereka memilih untuk kerap berhubungan, aku memilih untuk tidak berhubungan. Jika mereka memilih untuk selalu saling mengingati, aku memilih untuk tidak mengingatimu. Jika memilih untuk saling merindu, aku memilih untuk tidak merinduimu…
Kerana apa pilihanku berbeza dengan mereka???

Kerana engkau belum tentu menjadi milikku. Aku lebih senang bertemu Pelindungku, aku lebih suka berhubungan dengan Kekasihku dengan berdoa, aku lebih suka mengingati Dia yang sering mengingati ku, aku sayang kamu tapi aku lebih sayang Dia…

Terima kasih kerana memahami caraku. moga Allah redha dengan caraku ini :)
 
 
Mungkin Allah sedang berbisik kepada kita, jalan yang payah itu memang perlukan mujahadah tapi membawa kepada sesuatu yang lebih indah. Mujahadah itu susah, kerana syurga itu manis..

No comments:

Post a Comment