Wednesday, 4 July 2012

Nisfu Sya'ban

Hadis daripada Saidina 'Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Apabila masuk malam nisfu Sya'ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta'ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian...sesiapa yang demikian ...sehinggalah terbitnya fajar." 




Pada malam nisfu sya'ban, iaitu malam ke 15 Sya'ban disunatkan mengerjakan dua raka'at "Sembahyang Nisfu Sya'ban". Sesudah solat bacalah Surah Yasin sebanyak 3x dengan niat yang tertentu. 





Malam nisfu sya'ban baru saja berlalu, bermakna lagi 15 hari kita akan bertemu dengan Ramadhan. Jom persiapkan diri. Ramadhan semakin hampir. Keep du'aAllahumma Baariklanaa fi Rajab wa Sya’ban wa Balighnaa Ramadhaan.  (Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Ameen)




No comments:

Post a Comment