Hadis yang dipelajari dalam kelas bahasa arab sewaktu sem 1 dulu.. (",)
kisah ini bermula pada zaman nabi S.A.W..seorang lelaki telah masuk ke masjid dan mendirikan solat berjemaah...
selepas solat, Rasulullah S.A.W bersabda kepada semua para hadirin...
"من ترك شيئا في الحرام.. ناله في الحلال," (sesiapa yg meninggalkan sesuatu yg haram ALLAH akan berikannya yg halal)
maka pada waktu malam, lelaki tersebut telah berfikir untuk melakukan sesuatu yang jahat, dia ingin mencuri... maka lelaki tersebut telah memasuki rumah seorang wanita yg kematian suaminya dan tinggal sendirian. Semasa lelaki itu memasuki rumah wanita tersebut sedang tidur. lelaki itu melihat terdapat makanan dan dia berasa lapar dan telah mengambil makanan tersebut dan ketika dia ingin menyuap makanan tersebut, tiba2 dia teringat sabdaan nabi S.A.W. maka dia tidak terus meninggalkan makanan tersebut.
kemudian dia memasuki sebuah bilik yang terdapat emas dan wang milik wanita tersebut. sebelum dia memasukkan emas dan duit ke dalam poketnya, sekali lagi dia teringat akan hadis baginda S.A.W... maka dia memulangkan kepada tempatnya semula. kemudian lelaki tersebut telah melihat wanita itu tidur sendirian di atas katilnya dan memiliki wajah yang sangat cantik. dan lelaki itu berasa ingin melakukan sesuatu yg tidak elok kpdnya.. namun, dia sekali lagi mengingati hadis Rasulullah S.A.W,,,dan dia menahan dirinya dari melakukan maksiat dan keluarlah lelaki tersebut dari rumah wanita itu dengan perasaan gembira.
pada pagi keesokkannya, lelaki tersebut pergi ke masjid untuk menunaikan solat. dan dia duduk sendirian sambil mengingati perbuatannya malam tadi. dia berasa bahagia kerana dapat meninggalkan perbuatan yg jahat dan memilih jalan yang baik...
seorang wanita telah masuk ke masjid untuk bertemu dgn Rasulullah S.A.W...lelaki tersebut telah mendengar pengaduan wanita tersebut kpd Rasulullah tentang seorang lelaki yg menghairankan telah masuk ke rumahnya malam tadi tanpa mengambil sesuatu pun dari rumahnya. maka wanita tersebut berasa takut untuk pulang ke rumahnya sendirian dan Rasululah bertanya kpdnya, mengapa dia tinggal sendirian, dan dia mengkhabarkan kpd Rasulullah bahawa suaminya telah meninggal dunia. kemudian baginda melihat di sekelililng dan melihat lelaki itu duduk sendirian dan baginda memanggilnya... maka baginda bertanyakan perihal lelaki tersebut dan baginda mengetahui lelaki tersebut juga hidup sendirian (single).. maka Rasulullah pun mencadangkan supaya mereka berdua berkahwin. maka telah bersetujulah kedua-duanya. dan Rasullulah telah menikahkan mereka di dalam masjid. dan lelaki tersebut menangis dan telah menceritakan hal yang sebenarnya..
maka mereka pun pulang ke rumah. dan bermulalah kehidupan yg baru di antara lelaki tersebut dan wanita itu. maka dia telah melihat makanan yg dilihatnya pd waktu malam tersebut kini halal untuk dimakan. dan wang dan harta yg halal digunakan untuk perniagaan. lelaki tersebut juga memiliki wanita yg cantik yg diingininya pd waktu malam itu tetapi kerana takutkan ALLAH dia telah meninggalkan wanita tersebut. kini, dia telah memilikinya secara halal...
sabda nabi S.A.W..."من ترك شيئا في الجرام ناله في الحلال"
p/s: apabila kita bersungguh- sungguh meniggalkan sesuatu yang haram kerna untuk mendapat redha Allah iAllah, Dia akan menggantikan dengan yang lebih baik. JANJI ALLAH ITU PASTI!!
Luar Biasa
ReplyDelete